Friday, November 30, 2012

Tips: Cara Untuk Memasang Antaramuka Desktop MATE Ke Dalam Ubuntu 12.04/12.10

Alternatif Bagi Antaramuka Gnome2 yang sudah 'mati"

MATE merupakan salah satu antaramuka desktop yang dibangunkan untuk distro Linux Mint dan ia merupakan antaramuka alternatif bagi antaramuka Gnome2 yang telah pun tamat pembangunan dan juga sokongan terhadap antaramuka klasik tersebut. Jika anda mempunyai PC/Laptop yang lama dan juga anda mahu merasai semula nostalgia antaramuka Gnome2, anda boleh memasangnya pada Ubuntu 12.04 dan juga yang terkini Ubuntu 12.10.



Bagi Ubuntu 12.04, buka terminal dan jalankan arahan berikut:

sudo add-apt-repository "deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu precise main"
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-desktop-environment



Manakala, bagi Ubuntu 12.10 pula, buka terminal dan jalankan arahan berikut:

sudo add-apt-repository "deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu quantal main"
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-desktop-environment



Selepas memasang antaramuka desktop MATE, ada sedikit konfigurasi yang anda perlu buat ialah memperbetulkan font kepada yang lebih elok. Untuk membuat konfigurasi ini, klik-kanan pada desktop dan pilih "Change Desktop Background" dan kemudian, pilih tab "Font" dan pilih "Details". Kemudian, setkan opsyen yang berikut (berbeza mengikut konfigurasi skrin):

Smoothing: Subpixel(LCD)
Hinting: Slight
Subpixel Order :RGB




Tuesday, November 6, 2012

Tips: Bagaimana Untuk Menjalankan Aplikasi Steam Dalam Ubuntu Bagi Pengguna Bukan Jemputan Ujian Beta

Steam dalam Linux beb!

Ramai peminat Linux menantikan aplikasi Steam dalam Linux dan kini Valve secara rasminya telah memulakan ujian beta di kalangan pengguna yang telah diberi jemputan akses ke ujian beta tersebut. Ujian beta ini pada awalnya hanya boleh dirasai oleh pengguna Steam yang telah mendapat jemputan ujian beta. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mendapat sebarang jemputan ujian beta Steam, anda masih boleh menggunakan aplikasi Steam versi Linux tersebut.



Bagi pengguna Ubuntu, anda boleh memuat turun aplikasi Steam untuk Linux melalui pautan ini:

http://media.steampowered.com/client/installer/steam.deb

Dan selepas itu, anda perlu memasang aplikasi tersebut samada melalui Gdebi package manager, Ubuntu Software Center atau lain-lain. Kemudian, lancarkan aplikasi Steam dan masukkan nama pengguna dan kata laluan bagi akaun Steam dan ikut arahan yang terpapar dalam aplikasi tersebut. Jika tiada akaun Steam, anda boleh membina akaun tersebut melalui aplikasi Steam tersebut.



Kemudian, tunggu untuk proses kemaskini sehingga selesai & anda akan ternampak satu notis bahawa anda tidak boleh masuk ke dalam Steam kerana anda bukan pengguna ujian beta yang telah dijemput. Jangan bimbang dan apa yang anda buat ialah jalankan arahan ini dalam terminal:
steam steam://store
Selepas anda menjalankan arahan ini melalui terminal, barulah anda boleh menggunakan aplikasi Steam untuk Linux tanpa masalah.

Untuk melihat senarai permainan yang sedang bekerja dengan Steam untuk Linux, anda boleh melihat melalui halaman di sini






Wednesday, October 31, 2012

Tips: Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal

Ubuntu 12.10 baru sahaja dilepaskan kelmarin & terdapat beberapa fungsi terbaru diperkenalkan. Selepas selesai sahaja anda memasang Ubuntu 12.10 tersebut, apa yang anda kena buat selepas ini? Di sini, saya akan menulis tips mengenai ini supaya Ubuntu 12.10 yang anda pasang tadi kelihatan lebih menarik dan lancar.

1. Kemaskini Aplikasi

Buka Menu Unity dan cari "Software Updater" dan anda perlu mengemaskini segala aplikasi yang dipasang di dalam Ubuntu 12.10 tersebut.



Anda juga boleh melakukan proses ini melalui terminal, tetapi anda memelukan kata laluan untuk membolehkan arahan tersebut dijalankan.
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade


Thursday, May 24, 2012

Oracle gagal menyaman Google

Oracle kehilangan tuntutan paten mereka dalam usaha untuk mendapatkan ganti rugi penyalahgunaan hak cipta daripada Google melalui produk mereka, Android.

Juri di Mahkamah daerah California Utaa secara sepakat bersetuju bahawa Google tidak bersalah dalam sejumlah 8 tuduhan yang dibawakan oleh Oracle.

dalam perbicaraan tersebut. Hakim Alsup menyatakan bahawa dia juga tahu untuk menulis kod komputer dan dia percaya bahawa sesiapa sahaja mampu menulis kesemua  baris kod seperti yang didakwa oleh Oracle. Alsup juga memberitahu panelis peguam Oracle, David Boies bahawa hujah yang dibawakannya tidak munasabah. David menyatakan bahawa google telah menyalin kod-kod tersebut supaya ia boleh dikomersialkan dengan pantas. Alsup persoal kenapa perlu Google berbuat demikian sedangkan ia adalah lebih mudah jika google menulisnya sendiri. Alsup menerangkan ia mungkin satu kebetulan.


berita lanjut di sini

Wednesday, May 23, 2012

Cara untuk naik taraf kernel Linux kepada 3.4 dalam Ubuntu

Kelmarin, kernel Linux versi 3.4 telah pun dilepaskan dan versi ini mengandungi beberapa penambahbaikan di samping memperbetulkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna Linux selama ini terutama dengan isu "overheat" atau terlebih haba pada peranti terutama laptop.

Dalam kernel Linux versi 3.4, apa yang penulis dapati ialah terdapat peningkatan dalam prestasi komputer tersebut, jangka hayat bateri lebih lama dan juga tiada masalah "overheat".



Untuk melakukan proses naik taraf tersebut, sebelum itu anda dikehendaki untuk memasang perisian pemasang pakej debian, gdebi melaui apt-get seperti ini:
sudo apt-get install gdebi 

Dan, jika anda menggunakan Ubuntu versi 32-bit dengan PAE secara default (bagi versi 64-bit dan 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE, sila rujuk di bawah untuk step 2 dan step 3), apa yang anda perlu buat ialah anda muat turun dan pasang mengikut turutan di bawah:

1. Mula-mula, muat turun dan pasang pakej ini (wajib dipasang pada mana-mana jenis senibina CPU kernel Linux),
linux-headers-3.4.0-030400_3.4.0-030400.201205210521_all.deb

2. Kemudian, muat turun dan pasang pakej yang seterusnya,
linux-headers-3.4.0-030400-generic-pae_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb ,

3. Dan...akhir sekali ialah muat turun dan pasang pakej yang terakhir,
linux-image-3.4.0-030400-generic-pae_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb

*klik kanan pada pakej .deb kernel Linux tersebut dan pilih "Open with" kepada "Gdebi package manager" untuk melakukan proses pemasangan. Anda juga boleh membuat tetapan pada jenis pakej fail tersebut ialah klik kanan pada fail .deb dan pergi ke "Properties" dan pada tab "Open with", setkan "Default Application" kepada "Gdebi Package Installer".

NOTA: Bagi pengguna Ubuntu/Linux Mint/Lubuntu/Xubuntu dengan jenis kernel yang berbeza selain yang dinyatakan di atas seperti kernel versi 64-bit dan juga 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE, dalam step 2 dan 3, muat turun dan pasang fail pakej kernel ini di bawah mengikut turutan walaupun ada sedikit perbezaan antara jenis kernel tersebut seperti yang tertera dalam panduan di atas. Bagi step 1 tadi, ia adalah wajib untuk dipasang terlebih dahulu sebelum memasang fail pakej yang lain.

Untuk Ubuntu versi 64-bit:

Bagi step 2: linux-headers-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_amd64.deb
Bagi step 3: linux-image-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_amd64.deb

Untuk Ubuntu versi 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE (physical address extension) terutama distro Lubuntu/Xubuntu:

Bagi step 2: linux-headers-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb
Bagi step 3: linux-image-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb


Selesai sahaja anda menaik taraf kernel tersebut, restart komputer anda dan pilih "Ubuntu Linux kernel 3.4" (yang atas sekali) dalam menu GRUB.

Selamat mencuba...

Grive : Projek sumber terbuka bagi google drive.

Memandangkan Google drive belum lagi mewujudkan sokongan untuk pengguna-pengguna linux, sebuah projek bernama Grive telah diwujudkan sebagai klien buat pengguna linux yang ingin menggunakan google drive.


Grive merupakan sebuah projek bersumber terbuka yang menggunakan Google Document List API untuk berhubung dengan server google. 

projek ini masih lagi di peringkat permulaan dan hanya boleh digunakan menggunakan CLI.

untuk maklumat lanjut, klik di sini

Linux Mint 13 dilepaskan!

Linux Mint 13 LTS yang diberi kod nama Maya telah dilepaskan pada hari ini ( 23 Mei 2012) dan kini ia didatangkan dalam dunia edisi, Mate dan Cinnamon

Maya versi Cinnamon

Pelbagai perubahan telah dilaksanakan kepada Linux Mint 13 termasuklah papar masuk (login) nya yang terbaru yang dipanggil MDM



Yahoo juga telah dimasukkan kini dalam senarai search engine rasmi Mint 13


untuk maklumat lebih lanjut, sila baca di sini

Virtualbox 4.1.16 kini menyokong kernel 3.4

Oracle baru sahaja mengumumkan (22 Mei 2012) bahawa Virtual box 4.1.16 kini dilepaskan dan ia kini menyokong kernel linux 3.4 Pembaikan telah dibuat bagi menyelesaikan yang berlaku ketika menggunakan versi virtual box yang terdahulu bersama kernel 3.4 serta pembetulan bagi direktori sebahagian pakej-pakerj RPM.


Virtual box 4.1.16 juga kini didatangkan dengan sokongan bagi XORG server 11.1 dan 11.2 , khususnya untuk platform Solaris.


Takut virus?

Risau akan keselematan komputer anda walaupun setelah menggunakan linux?
Sebuah baru bernama OpenVAS telah diwujudkan bagi membina framework untuk menganalisa dan menguruskan sebarang bentuk serangan keatas komputer anda.


OpenVAS bukan sahaja bertindak keatas virus yang terdapat di dalam komputer anda, malah ia juga boleh digunakan di dalam pelayar web dan juga papar muka CLI .


projek ini masih di peringkat permulaan, namun jika anda ingin mencubanya, anda boleh mendapatkan salinan perisiannya di sini 

Pun begitu, sokongan untuk perisian Ubuntu masih belum sempurna ( perlu dicompile sendiri). Jika anda benar-benar perlukan sebuah perisian antivirus untuk komputer anda, mungkin anda boleh mencuba clamgtk untuk sementara waktu

Komersialisasi Sumber terbuka?



Kajian yang dilakukan oleh www.linux.com menganggarkan bahawa dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, tidak kurang daripada 50% perisian yang berada di pasaran adalah bersumber terbuka.

Apa yang menarik, kajian linux.com keatas perusahaan automobil mendapati bahawa 59% syarikat telahpun menggunakan perisian sumber terbuka manakala 35% syarikat lain sedang mengkaji potensi untuk menggunakan perisian sumber terbuka di syarikat mereka.
Kebanyakan syarikat memilih sumber terbuka bagi mengelakkan mereka dari terikat dengan pengeluar perisian sekiranya perubahan dilakukan kepada perisian tersebut. Mereka juga berbuat demikian kerana mendapati penggunaan produk sumber terbuka adalah lebih berkualiti selain lebih menjimatkan kos.


"Saya melihat bahawa projek sumber terbuka seperti Drupal dan Linux berjaya kerana ia memiliki teknologi yang lebih baik, bukan semata-mata kerana harganya yang lebih mura" Kata dries buytaert, pengasas bersama dan CTO Acquia dan Presiden persatuan Drupal. "Ia memiliki fungsi yang lebih baik kerana ia merupakan projek yang diinovasikan oleh komuniti. Dalam kata mudah, ia telah menjadi penyelesai masalah yang lebih baik".



rujukan : www.linux.com

Owncloud 4

Pagi penggemar dan pengguna Cloud Computing, anda pastinya telah mendengar tentang Drop box, sky drive dan Ubuntu One.
Kini owncloud tampil pula dengan produk mutakhir mereka, owncloud 4 sebagai salah satu alternatif cloud computing bersumber terbuka yang boleh digunakan oleh anda semua.

Ingin mencubanya? layari sini untuk maklumat lanjut.

Rosa Linux

Rosa Linux Merupakan sebuah Projek Linux berasaskan Mandriva yang diedar oleh ROSA Company, Sebuah syarikat yang berpangkalan di Russia. 

menggunakan KDE 4.8.2, ROSA 2012 yang diberi kod nama Marathon merupakan produk terbaru ROSA Linux yang dibina khusus sebagai perisian mesra pengguna untuk pengguna persendirian dan perniagaan. 

Untuk makluman lanjut, klik di sini