Friday, November 30, 2012

Tips: Cara Untuk Memasang Antaramuka Desktop MATE Ke Dalam Ubuntu 12.04/12.10

Alternatif Bagi Antaramuka Gnome2 yang sudah 'mati"

MATE merupakan salah satu antaramuka desktop yang dibangunkan untuk distro Linux Mint dan ia merupakan antaramuka alternatif bagi antaramuka Gnome2 yang telah pun tamat pembangunan dan juga sokongan terhadap antaramuka klasik tersebut. Jika anda mempunyai PC/Laptop yang lama dan juga anda mahu merasai semula nostalgia antaramuka Gnome2, anda boleh memasangnya pada Ubuntu 12.04 dan juga yang terkini Ubuntu 12.10.



Bagi Ubuntu 12.04, buka terminal dan jalankan arahan berikut:

sudo add-apt-repository "deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu precise main"
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-desktop-environment



Manakala, bagi Ubuntu 12.10 pula, buka terminal dan jalankan arahan berikut:

sudo add-apt-repository "deb http://packages.mate-desktop.org/repo/ubuntu quantal main"
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-archive-keyring
sudo apt-get update
sudo apt-get install mate-desktop-environment



Selepas memasang antaramuka desktop MATE, ada sedikit konfigurasi yang anda perlu buat ialah memperbetulkan font kepada yang lebih elok. Untuk membuat konfigurasi ini, klik-kanan pada desktop dan pilih "Change Desktop Background" dan kemudian, pilih tab "Font" dan pilih "Details". Kemudian, setkan opsyen yang berikut (berbeza mengikut konfigurasi skrin):

Smoothing: Subpixel(LCD)
Hinting: Slight
Subpixel Order :RGB




Tuesday, November 6, 2012

Tips: Bagaimana Untuk Menjalankan Aplikasi Steam Dalam Ubuntu Bagi Pengguna Bukan Jemputan Ujian Beta

Steam dalam Linux beb!

Ramai peminat Linux menantikan aplikasi Steam dalam Linux dan kini Valve secara rasminya telah memulakan ujian beta di kalangan pengguna yang telah diberi jemputan akses ke ujian beta tersebut. Ujian beta ini pada awalnya hanya boleh dirasai oleh pengguna Steam yang telah mendapat jemputan ujian beta. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mendapat sebarang jemputan ujian beta Steam, anda masih boleh menggunakan aplikasi Steam versi Linux tersebut.



Bagi pengguna Ubuntu, anda boleh memuat turun aplikasi Steam untuk Linux melalui pautan ini:

http://media.steampowered.com/client/installer/steam.deb

Dan selepas itu, anda perlu memasang aplikasi tersebut samada melalui Gdebi package manager, Ubuntu Software Center atau lain-lain. Kemudian, lancarkan aplikasi Steam dan masukkan nama pengguna dan kata laluan bagi akaun Steam dan ikut arahan yang terpapar dalam aplikasi tersebut. Jika tiada akaun Steam, anda boleh membina akaun tersebut melalui aplikasi Steam tersebut.



Kemudian, tunggu untuk proses kemaskini sehingga selesai & anda akan ternampak satu notis bahawa anda tidak boleh masuk ke dalam Steam kerana anda bukan pengguna ujian beta yang telah dijemput. Jangan bimbang dan apa yang anda buat ialah jalankan arahan ini dalam terminal:
steam steam://store
Selepas anda menjalankan arahan ini melalui terminal, barulah anda boleh menggunakan aplikasi Steam untuk Linux tanpa masalah.

Untuk melihat senarai permainan yang sedang bekerja dengan Steam untuk Linux, anda boleh melihat melalui halaman di sini