Wednesday, January 29, 2014

QupZilla - Browser ringan yang berasaskan kerangka kerja Qt

Selalu guna Firefox ataupun Chrome?...Pernah tak masa tu PC korang rasa lembap gila disebabkan korang bukak 2-3 tab jer tapi CPU naik gila sampai 100%?...Mahukan browser internet yang ringan dan pantas?...Ada browser untuk korang semua...



QupZilla merupakan browser ataupun pelayar internet yang berasaskan dari kerangka kerja Qt yang ringan dan pantas. Ia dibina bersama-sama kerangka Webkit dan juga mempunyai fungsi Adblock yang dibina dalam. Tambahan pula, ia juga mempunnyai fungsi untuk hidupkan "flash player" hanya bila perlu seperti main video dalam facebook dan sebagainya. Anda tidak perlu risau mengenai masalah PC lembap bila buka banyak tab dalam browser tersebut.

Anda bolehlah muat turun browser ini melalui pautan berikut:

QupZilla Download Page

Tuesday, January 28, 2014

CPU-G - Alternatif kepada CPU-Z untuk platform Linux

Pernah dengar CPU-Z?...Kalau korang ni jenis kaki overclockers sudah tentu mesti kenal tool ini yang selalu digunakan dalam Windows untuk melihat spesifikasi CPU sekali dengan motherboard PC. Kalau Linux macam mana?...Ada versi alternatif iaitu CPU-G



CPU-G merupakan aplikasi seumpama CPU-Z dan fungsinya adalah untuk menunjukkan informasi terhadap CPU yang dipasang pada PC anda dan juga menunjukkan beberapa informasi lain seperti motherboard, BIOS dan macam-macam lagi.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari halaman berikut:

Muat turun CPU-G

Debian dengan Ubuntu - Apa bezanya?

Seperti yang pengguna Linux ketahui, Ubuntu adalah distro Linux berasaskan dari Debian yang jenis mesra pengguna manakala Debian pula merupakan distro Linux yang khususnya digunakan oleh golongan professional dan dijadikan sebagai platform asas bagi distro Ubuntu. Adakah Ubuntu lebih kurang sama macam Debian? Luar jer nampak sama kalau tengok kat antaramuka desktop dan juga pakej aplikasi (kedua-dua distro guna fail .deb), tapi ia tak sama. Kenapa?...



Ubuntu dan Debian ada perbezaan yang ketara dari pelbagai aspek. Mari saya terangkan perbezaan antara kedua-dua distro Linux dengan mudah:

1. Ubuntu memerlukan pengguna untuk melakukan pemasangan bersih atau "clean install" setiap kali versi baru dilepaskan manakala Debian tidak memerlukan pengguna untuk berbuat demikian kerana Debian ada versi "rolling release" dimana pengguna tak perlu reformat PC untuk memasang distro versi terbaru.

2. Ubuntu adalah distro berasaskan dari distro Debian, tapi ia diubahsuai sehabis-habisnya bagi memenuhi kehendak repositori aplikasi yang dibangunkan oleh firma Canonical dan juga menggunakan PPA dari halaman Launchpad. Walaupun Debian boleh berkawan dengan PPA dengan menjalankan arahan untuk memasukkan aplikasi baru dari PPA Launchpad, tapi sayangnya tiada aplikasi yang dibangunkan untuk Debian. Jadi pengguna Debian terpaksa pergi ke halaman PPA aplikasi tersebut dan muat turun secara manual. Bukan semua aplikasi Ubuntu boleh dipasang dalam Debian. Lagi bagus kalau bina aplikasi dari kod sumber terus!

3. Ubuntu sentiasa terkenal dengan sistem kemaskini untuk medapat fungsi-fungsi terbaharu dan adakalanya sistem kemaskini telah membuatkan pengguna Ubuntu mengalami "kesan sampingan" daripada kemaskini tersebut. Debian pula sebaliknya iaitu hanya kemaskini sahaja bila perlu jika anda menggunakan Debian versi 7 "Wheezy".

Jadi terpulanglah kepada pengguna Linux samada nak pilih Ubuntu ataupun Debian. Tepuk dada tanya citarasa anda...

Monday, January 27, 2014

Point Linux - Distro Linux berasaskan dari Debian dengan antaramuka MATE

Dah sekian lama aku tak buat review distro sejak-menjak nih, tapi takpe, hari ini, aku kupas sikit review tentang distro Linux yang aku guna sekarang ni yang telah menggantikan Ubuntu sebagai distro utama iaitu Point Linux.

Point Linux merupakan distro Linux yang berasaskan dari distro Debian 7 dengan kod nama "Wheezy" dan ia merupakan distro Linux yang jenis stabil yang menggunakan antaramuka MATE. Distro Debian terbahagi kepada 2 iaitu versi stabil dan versi "testing" atau percubaan iaitu versi separa stabil dan juga mempunyai fungsi "rolling release" ataupun keluaran berputar dimana anda tidak perlu reformat PC anda semata-mata untuk memasang versi terkini. Jadi, Point Linux adalah distro Debian jenis stabil.



Aku pernah menggunakan distro Ubuntu selama 3 tahun dan apa yang aku dapati ialah distro Ubuntu kerap kali mengalami masalah kestabilan sistem sehingga aku pun terpaksa reformat PC banyak kali hanya disebabkan masalah yang tak serius. Sistem kemaskini yang begitu kerap yang menyebabkan sesetengah aplikasi tidak berjalan dengan baik, namun semuanya berakhir bila aku guna distro Point Linux.

Antaramuka MATE seperti yang kita ketahui ialah klon bagi antaramuka Gnome2, jadi tiada masalah untuk biasakan diri dengan antaramuka tersebut. Nak lagi lawa, tambahkan perisa Compiz di dalam antaramuka MATE bagi mendapat kepuasan yang cukup bagus. Ada cara macam mana nak guna Compiz dalam MATE versi 1.4. Antaramuka MATE juga boleh dinaiktaraf kepada versi yang terkini, walaubagaimanapun penaiktarafan antaramuka tersebut telah menyebabkan Compiz tidak lagi berfungsi dengan baik.



Bercakap pasal aplikasi, rasanya semua dah siap-siap bagi segala codec media umum, java dan bagai. Namun begitu, Point Linux tidak menyediakan "Software Center" seperti yang ada dalam Ubuntu. Akan tetapi, hanya Synaptic disediakan dan rata-ratanya kebanyakan aplikasi dalam distro ini semuanya jenis lama. Sistem kemaskini pula tidak begitu kerap dan hanya akan dikeluarkan bila perlu sahaja, sebab itulah Point Linux cuba memastikan sistem tersebut benar-benar stabil.

Kalau cakap pasal pemasangan, rasanya agak mudahlah, itupun kalau dah biasa pasang Ubuntu melalui opsyen "Something Else". GRUB juga dipasang dalam sistem, jadi tak ada masalah untuk dual-boot Point Linux dengan Windows.

Pro

1. Antaramuka MATE yang mudah untuk digunakan
2. Stabil dan hanya kemaskini bila perlu
3. Boleh dual-boot dengan Windows tanpa masalah.
4. Sesuai untuk PC jenis lama, terutama yang berusia lebih 3 tahun.

Contra

1. Kebanyakan perisian jenis lama, adakalanya uzur
2. Buang antaramuka MATE, dengan komponen yang penting sekali kena buang cukup-cukup!...

Wednesday, January 8, 2014

Fungsi Plugin Adobe Flash akan dihentikan pada Chromium bermula April

Pada bulan April tahun ini, penggunaan plugin flash pada pelayar web Chromium ditamatkan. Ini kerana Google telah membuang sokongan plugin NPAPI pada Chromium, termasuk plugin untuk flash dari binaan versi Linux. Sistem plugin yang berusia ini telah membolehkan akses tanpa sekatan terhadap komputer, menjadikan ia sebagai tidak selamat dan tidak efisyien.



Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan plugin HTML5 untuk Chromium ataupun anda cuba pasang Google Chrome sahaja. Untuk pengetahuan anda, Chromium adalah browser Google Chrome versi sumber terbuka dan agak berbeza dengan Google Chrome yang bersifat sumber tertutup.

Sumber: OMG! UBUNTU!

CentOS dan Red Hat bergabung tenaga

Pada hari ini, Red Hat Enterprise Linux dan CentOS kini bergabung tenaga untuk membangunkan distro yang popular dalam sektor bisnes dan CentOS kini menjadi sebahagian dalam keluarga Red Hat. Pengumuman tersebut dibuat melalui senarai persuratan CentOS


Untuk pengetahuan anda Red Hat Enterprise Linux (RHEL) dan CentOS merupakan distro Linux yang tumpu kepada sektor perniagaan dan Red Hat juga adalah distro Linux yang berbayar melalui langgan (sokongan kemaskini, bantuan teknikal dsb). Manakala CentOS merupakan klon kepada RHEL dan dijana oleh komuniti CentOS. Kedua-dua distro tersebut terkenal dengan kematangan dan juga kestabilan sistem tersebut.