Wednesday, April 30, 2014

Pembangunan projek Ubuntu For Android dihentikan

Daripada laporan pepijat dalam laman web Launchpad, pihak pembangun mengatakan bahawa projek Ubuntu For Android telah dihentikan atas sebab-sebab yang tidak ketahui.



Ubuntu For Android merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Canonical dimana anda boleh menjalankan sistem operasi desktop Ubuntu pada peranti telefon pintar Android yang berkuasa tinggi. Walaupun projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat Ubuntu, namun mereka dilihat menghentikan projek tersebut. Tambahan pula, laporan pepijat mengenai ini pula disekat dari pandangan umum pula.

Sumber: OMG!UBUNTU!

PS: Projek-projek besar Ubuntu dilihat terumbang-ambing entah kemana...

Wednesday, April 2, 2014

Canonical akan menamatkan servis Ubuntu One

Selamat Tinggal Ubuntu One!

Pihak Canonical telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan servis peyimpanan storan digital mereka, Ubuntu One. Menurut dari artikel blog Canonical, mereka juga mengumumkan bahawa aplikasi klien Ubuntu One tiada dalam Ubuntu 14.04 yang dijangka akan dilepaskan pada 17 April ini. Tambahan pula, mereka tidak lagi menawarkan perkhidmatan pembelian lagu muzik dan juga pembelian bagi penambahan storan.

Jika anda masih menyimpan fail-fail anda dalam Ubuntu One, sila berbuat demikian kerana fail-fail dalam Ubuntu One akan dipadamkan serta-merta pada 31 Julai ini dan fungsi-fungsi seperti muat naik fail akan dinyah-aktifkan pada 1 Jun ini.



Sumber: Blog Canonical