Sunday, November 30, 2014

[TUTORIAL] Cara untuk menggunakan arahan "dd" untuk melakukan backup secara ringkas

Hari ini meh aku tulis sedikit sebanyak tentang penggunaan fungsi "dd" pada sistem Linux. "dd" merupakan sejenis program arahan yang bertujuan untuk membuat salinan terhadap partition sesebuah storan dalam PC dan juga peranti mudah alih anda sendiri. Walaupun program ini bertujuan untuk melakukan backup, akan tetapi jika tersilap jalan arahan, buruk padahnya. Jadi meh aku senaraikan arahan-arahan yang anda boleh buat dengan fungsi "dd":

Untuk membuat backup terhadap partition dalam PC dan jadikannya sebagai fail img, arahannya macam ni:

dd if=/dev/sdX of=~/username/file.img 

X - merujuk kepada nombor dalam partition. Anda kena jalankan arahan "df -h" untuk melihat senarai partition tersebut.

Untuk menyalin fail iso desktop Linux ke dalam pendrive, arahannya macam ni:

dd if=ubuntu-14.04-i386.iso of=/dev/sdb1 

*Biasanya, lokasi partition pendrive terletak samada pada /dev/sdbX dam juga /dev/sdcX

Jika anda mempunyai peranti Android, anda boleh melakukan arahan "dd" untuk membuat backup terhadap komponen firmware seperti boot.img, system.img dan lain-lain

Contoh arahan:

dd if=/dev//block/[partition-block] | gzip > /sdcard/file.img.gz 

*Arahan ini digunakan untuk mengambil fail-fail firmware dari partition dalam peranti dan kemudian dipek dalam fail arkib gz

**Sila semak apa yang terkandung dalam peranti terlebih dahulu sebelum berbuat demikian


Ambil saya punya peranti Asus Zenfone 4 sebagai contoh, arahan "dd" digunakan untuk membuat backup terhadap fail system.img:

dd if=/dev/block/mmcblk0p9 | gzip > /sdcard/7.0.4-system-image.img.gz 

Ok...itu jer tutorial amat ringkas untuk hari ini. Malas nak tulis panjang-panjang, takut tak faham pulak.

Dah lama tak update page ini - Banyak kerja ke bosan gila dengan desktop Linux?

Sejak menjak nie, kami memang lama tak update segala berita tentang dunia Linux. Samada kami...ehh..tak...saya sendiri yang sibuk bekerja ataupun saya rasakan dunia desktop Linux makin suram dan lagilah suram, macam takde apa-apa benda baru buat kita semua.

Saya ni bukanlah nak berhenti tulis pasal desktop Linux (itupun dah menggodek tangan dengan Android!), tapi saya ni cukup malas yang disebabkan oleh dunia desktop Linux macam tak berubah dari dulu. Dari perkara yang end-user tak faham macam upstart vs systemd pun nampak takde maknanya sampailah perkara yang amat kecil pun sama gak!

Tapi takpe lah...aku cuba sedaya upaya untuk buat sedikit update terhadap page ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 1, 2014

[Ruangan Kolum] Pengguna Android oh Pengguna Android...Kenapa perlu "root"?...

Salam semua...lama aku tak berceloteh mengenai Linux...yelah kan...aku dah lama tak tulis pasal aku makin sibuk dengan pekerjaan aku nih sampai takde masa dan juga takde mood langsung nak cerita pasal Linux. Tapi disebabkan aku dah ada peranti Android, jadi aku pun mula nak tulis pasal Android pulak...

Sebut pasal Android, makin ramai pengguna kini memiliki peranti Android dan ada juga yang memiliki lebih dari 1 peranti Android tersebut. Linux kini menjangkau usia 23 tahun dan Android adalah satu-satunya platform yang membolehkan golongan yang bukan dari golongan pakar IT kini merasai sistem Linux dan kita patut berterima kasih kepada Google untuk itu.



Sejak akhir-akhir ini, makin ramai pengguna baru peranti Android cenderung untuk melakukan proses rooting. Handset baru beli 2-3 jam lepas ada yang mula gatal tangan untuk melakukan proses "root" yang sememangnya menjahanamkan waranti peranti tersebut. "Root" peranti sekadar suka-suka, akan tetapi adakah mereka faham maksud "root" yang sebenarnya?

Ok...meh aku cerita ringkas pasal "root" nih...Teknik "rooting" atau "root" adalah teknik dimana anda mahu mendapatkan akses penuh terhadap sesuatu peranti. Dalam erti kata lain, anda mahu aplikasi tersebut dijalankan di bawah akaun "administrator". Walaupun menggunakan akses ini sekadar untuk menukar font, melakukan proses underclock kelajuan CPU dan sebagainya, anda juga sebenarnya terdedah kepada risiko kepada malware apabila kerap membenarkan sesuatu aplikasi ini berjalan dengan akaun "superuser" atau "administrator" tanpa periksa terlebih dahulu.

Memang ada wujud malware dalam sistem operasi Android walaupun kernel Linux hanyalah dikatakan kebal dari segi ancaman malware itupun disebabkan oleh stigma perbandingan dengan platform Windows walaupun pada hakikat sebenarnya Linux taklah kebal sangat. Nak root tu memang tak salah, cuma kena fikir balik apa risikonya yang bakal dihadapi oleh pengguna peranti itu sendiri.

Nak root, buat atas risiko korang sendiri!

Wallahu'alam...

Saturday, August 16, 2014

In Dev : simpleLinux 0.2 (Anfisa)

Salah sebuah Linux Distro tempatan, simpleLinux kini akan melahirkan versi terbaru 0.2 dengan codename Anfisa. Seperti sedia maklum, pembangunan distro ini agak membisu buat seketika dengan sebarang kemaskini. Tak tahulah sama ada penulis terlepas pandang bagi versi 0.1 tetapi hari ini penulis menemui perkembangan terkini bagi versi akan datang.

Klik imej untuk lebih jelas

Menurut pembangun simpleLinux, versi 0.2 (mungkin dari versi 0.1) akan menggunakan Debian sebagai asas kepada distro ini. Seperti kita sedia maklum bahawa versi simpleLinux yang terdahulu berasaskan Slack namun kali ini pembangun ingin membawa perubahan dalam sentuhan distro sL.

simpleLinux Reboot()

Seems like simpleLinux is going on a “reboot” for the whole distribution (that is once popular back in time). Why?
simpleLinux started back from scratch to build a more powerful and more customizable distribution. Also, we moved from Slackware to Debian because of it is a powerful hybrid Linux – can be server, desktop or even a tiny little bot – so we choose to start back from beginning. - http://www.simplelinux.my/

Kita nantikan hasil sentuhan anak muda ini dari masa ke masa. Teruskan!

p/s : Rasa macam noob pula penulisan aku kali ni. Woha!

Thursday, May 1, 2014

Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal akan ditamatkan sokongan pada 16 Mei ini.

Ubuntu 12.10 dengan kod nama "Quantal Quetzal" akan ditamatkan sokongan pada 16 Mei ini dan tiada lagi sebarang kemaskini selepas tarikh tersebut. Canonical juga mencadangkan pengguna agar menaiktaraf versi sistem operasi Ubuntu kepada versi terkini iaitu versi 14.04 Trusty Tahr.


Jika anda masih menggunakan Ubuntu versi 12.10, sila berbuat demikian kerana tiada lagi sebarang kemaskini bagi sistem operasi tersebut.

Sumber: firdge.ubuntu.com

Wednesday, April 30, 2014

Pembangunan projek Ubuntu For Android dihentikan

Daripada laporan pepijat dalam laman web Launchpad, pihak pembangun mengatakan bahawa projek Ubuntu For Android telah dihentikan atas sebab-sebab yang tidak ketahui.



Ubuntu For Android merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Canonical dimana anda boleh menjalankan sistem operasi desktop Ubuntu pada peranti telefon pintar Android yang berkuasa tinggi. Walaupun projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat Ubuntu, namun mereka dilihat menghentikan projek tersebut. Tambahan pula, laporan pepijat mengenai ini pula disekat dari pandangan umum pula.

Sumber: OMG!UBUNTU!

PS: Projek-projek besar Ubuntu dilihat terumbang-ambing entah kemana...

Wednesday, April 2, 2014

Canonical akan menamatkan servis Ubuntu One

Selamat Tinggal Ubuntu One!

Pihak Canonical telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan servis peyimpanan storan digital mereka, Ubuntu One. Menurut dari artikel blog Canonical, mereka juga mengumumkan bahawa aplikasi klien Ubuntu One tiada dalam Ubuntu 14.04 yang dijangka akan dilepaskan pada 17 April ini. Tambahan pula, mereka tidak lagi menawarkan perkhidmatan pembelian lagu muzik dan juga pembelian bagi penambahan storan.

Jika anda masih menyimpan fail-fail anda dalam Ubuntu One, sila berbuat demikian kerana fail-fail dalam Ubuntu One akan dipadamkan serta-merta pada 31 Julai ini dan fungsi-fungsi seperti muat naik fail akan dinyah-aktifkan pada 1 Jun ini.



Sumber: Blog Canonical