Wednesday, October 31, 2012

Tips: Apa Yang Anda Perlu Lakukan Selepas Memasang Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal

Ubuntu 12.10 baru sahaja dilepaskan kelmarin & terdapat beberapa fungsi terbaru diperkenalkan. Selepas selesai sahaja anda memasang Ubuntu 12.10 tersebut, apa yang anda kena buat selepas ini? Di sini, saya akan menulis tips mengenai ini supaya Ubuntu 12.10 yang anda pasang tadi kelihatan lebih menarik dan lancar.

1. Kemaskini Aplikasi

Buka Menu Unity dan cari "Software Updater" dan anda perlu mengemaskini segala aplikasi yang dipasang di dalam Ubuntu 12.10 tersebut.



Anda juga boleh melakukan proses ini melalui terminal, tetapi anda memelukan kata laluan untuk membolehkan arahan tersebut dijalankan.
sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade




2. Pasang codec audio video umum
Ubuntu 12.10 tidak menyediakan codec audio video secara lalai (default). Jadi, anda kenalah pasang codec tersebut melalui arahan di dalam terminal:
sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras


3. Pasang Gnome Tweak Tool
Gnome Tweak Tool merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengubah rupa bentuk antaramuka Gnome3 Shell dan juga Gnome3 Unity.



Untuk memasang Gnome Tweak Tool:
sudo apt-get install gnome-tweak-tool


4. Pasang Antaramuka Desktop Yang Lain
Kalaulah antaramuka Unity memang tak sesuai dengan citarasa anda, apa kata kalau anda pula yang cuba memasang antaramuka desktop yang lain pula.



i) Gnome3 Shell & Gnome 3 Classic
sudo add-apt-repository ppa:gnome3-team/gnome3
sudo apt-get update
sudo apt-get install gnome-shell gnome-session-fallback

ii) KDE Desktop Environment
sudo apt-get install kubuntu-desktop

iii) XFCE Desktop Environment
sudo apt-get install xubuntu-desktop

iii) LXDE Desktop Environment
sudo apt-get install lubuntu-desktop


5. Pasang Ubuntu Tweak
Ubuntu Tweak merupakan sebuah aplikasi yang berperanan untuk menjadikan konfigurasi desktop anda lebih mudah.


Untuk memasangkannya, masukkan arahan ini ke dalam terminal:
sudo add-apt-repository ppa:tualatrix/ppa 
sudo apt-get update
sudo apt-get install ubuntu-tweak

6. Pasang Compiz Config Settings Manager
Compiz Config Settings Manager merupakan aplikasi konfigurasi bagi Compiz Fusion. Ia membolehkan anda mengubah setting plugin Compiz pada desktop anda.


Untuk memasang Compiz Config Settings Manager, jalankan arahan ini melalui terminal:
sudo apt-get install compizconfig-settings-manager compiz-plugins-extra


7. Pasang Synaptic Package Manager
Synaptic merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda mencari sesuatu fail librari/perpustakaan dengan lebih mudah. Namun, ia tidak disediakan dalam Ubuntu sejak versi 11.04 dikeluarkan. Walaubagaimanpun, anda boleh memasangkannya ke dalam Ubuntu versi terkini tersebut.

Untuk memasang Synaptic Package Manager:
sudo apt-get install synaptic


8. Pasang Gdebi Package Manager
Gdebi Package Manager merupakan sebuah aplikasi yang membolehkan anda memasang aplikasi pakej debian dengan mudah & lebih pantas berbanding memasang aplikasi di Ubuntu Software Center

Untuk memasang Gdebi Package Manager:
sudo apt-get install gdebi



9. Mematikan Fungsi Amazon Online Search dalam Unity
Kalau anda rasa fungsi ini membuatkan paparan Unity memang menyemak dengan hasil carian merapu oleh Amazon, anda boleh matikan fungsi ini dengan pergi ke System Settings>Privacy & di situlah anda boleh mematikan fungsi tersebut.

Tapi kalau dah betul-betul tak suka, dipersilakan untuk buang yang ni pula:
sudo apt-get remove unity-lens-shopping

Ok...setakat ni jer artikel yang tulis untuk hari ini...

Sumber: Noobslab


No comments:

Post a Comment