Sunday, November 30, 2014

[TUTORIAL] Cara untuk menggunakan arahan "dd" untuk melakukan backup secara ringkas

Hari ini meh aku tulis sedikit sebanyak tentang penggunaan fungsi "dd" pada sistem Linux. "dd" merupakan sejenis program arahan yang bertujuan untuk membuat salinan terhadap partition sesebuah storan dalam PC dan juga peranti mudah alih anda sendiri. Walaupun program ini bertujuan untuk melakukan backup, akan tetapi jika tersilap jalan arahan, buruk padahnya. Jadi meh aku senaraikan arahan-arahan yang anda boleh buat dengan fungsi "dd":

Untuk membuat backup terhadap partition dalam PC dan jadikannya sebagai fail img, arahannya macam ni:

dd if=/dev/sdX of=~/username/file.img 

X - merujuk kepada nombor dalam partition. Anda kena jalankan arahan "df -h" untuk melihat senarai partition tersebut.

Untuk menyalin fail iso desktop Linux ke dalam pendrive, arahannya macam ni:

dd if=ubuntu-14.04-i386.iso of=/dev/sdb1 

*Biasanya, lokasi partition pendrive terletak samada pada /dev/sdbX dam juga /dev/sdcX

Jika anda mempunyai peranti Android, anda boleh melakukan arahan "dd" untuk membuat backup terhadap komponen firmware seperti boot.img, system.img dan lain-lain

Contoh arahan:

dd if=/dev//block/[partition-block] | gzip > /sdcard/file.img.gz 

*Arahan ini digunakan untuk mengambil fail-fail firmware dari partition dalam peranti dan kemudian dipek dalam fail arkib gz

**Sila semak apa yang terkandung dalam peranti terlebih dahulu sebelum berbuat demikian


Ambil saya punya peranti Asus Zenfone 4 sebagai contoh, arahan "dd" digunakan untuk membuat backup terhadap fail system.img:

dd if=/dev/block/mmcblk0p9 | gzip > /sdcard/7.0.4-system-image.img.gz 

Ok...itu jer tutorial amat ringkas untuk hari ini. Malas nak tulis panjang-panjang, takut tak faham pulak.

Dah lama tak update page ini - Banyak kerja ke bosan gila dengan desktop Linux?

Sejak menjak nie, kami memang lama tak update segala berita tentang dunia Linux. Samada kami...ehh..tak...saya sendiri yang sibuk bekerja ataupun saya rasakan dunia desktop Linux makin suram dan lagilah suram, macam takde apa-apa benda baru buat kita semua.

Saya ni bukanlah nak berhenti tulis pasal desktop Linux (itupun dah menggodek tangan dengan Android!), tapi saya ni cukup malas yang disebabkan oleh dunia desktop Linux macam tak berubah dari dulu. Dari perkara yang end-user tak faham macam upstart vs systemd pun nampak takde maknanya sampailah perkara yang amat kecil pun sama gak!

Tapi takpe lah...aku cuba sedaya upaya untuk buat sedikit update terhadap page ini.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 1, 2014

[Ruangan Kolum] Pengguna Android oh Pengguna Android...Kenapa perlu "root"?...

Salam semua...lama aku tak berceloteh mengenai Linux...yelah kan...aku dah lama tak tulis pasal aku makin sibuk dengan pekerjaan aku nih sampai takde masa dan juga takde mood langsung nak cerita pasal Linux. Tapi disebabkan aku dah ada peranti Android, jadi aku pun mula nak tulis pasal Android pulak...

Sebut pasal Android, makin ramai pengguna kini memiliki peranti Android dan ada juga yang memiliki lebih dari 1 peranti Android tersebut. Linux kini menjangkau usia 23 tahun dan Android adalah satu-satunya platform yang membolehkan golongan yang bukan dari golongan pakar IT kini merasai sistem Linux dan kita patut berterima kasih kepada Google untuk itu.



Sejak akhir-akhir ini, makin ramai pengguna baru peranti Android cenderung untuk melakukan proses rooting. Handset baru beli 2-3 jam lepas ada yang mula gatal tangan untuk melakukan proses "root" yang sememangnya menjahanamkan waranti peranti tersebut. "Root" peranti sekadar suka-suka, akan tetapi adakah mereka faham maksud "root" yang sebenarnya?

Ok...meh aku cerita ringkas pasal "root" nih...Teknik "rooting" atau "root" adalah teknik dimana anda mahu mendapatkan akses penuh terhadap sesuatu peranti. Dalam erti kata lain, anda mahu aplikasi tersebut dijalankan di bawah akaun "administrator". Walaupun menggunakan akses ini sekadar untuk menukar font, melakukan proses underclock kelajuan CPU dan sebagainya, anda juga sebenarnya terdedah kepada risiko kepada malware apabila kerap membenarkan sesuatu aplikasi ini berjalan dengan akaun "superuser" atau "administrator" tanpa periksa terlebih dahulu.

Memang ada wujud malware dalam sistem operasi Android walaupun kernel Linux hanyalah dikatakan kebal dari segi ancaman malware itupun disebabkan oleh stigma perbandingan dengan platform Windows walaupun pada hakikat sebenarnya Linux taklah kebal sangat. Nak root tu memang tak salah, cuma kena fikir balik apa risikonya yang bakal dihadapi oleh pengguna peranti itu sendiri.

Nak root, buat atas risiko korang sendiri!

Wallahu'alam...

Saturday, August 16, 2014

In Dev : simpleLinux 0.2 (Anfisa)

Salah sebuah Linux Distro tempatan, simpleLinux kini akan melahirkan versi terbaru 0.2 dengan codename Anfisa. Seperti sedia maklum, pembangunan distro ini agak membisu buat seketika dengan sebarang kemaskini. Tak tahulah sama ada penulis terlepas pandang bagi versi 0.1 tetapi hari ini penulis menemui perkembangan terkini bagi versi akan datang.

Klik imej untuk lebih jelas

Menurut pembangun simpleLinux, versi 0.2 (mungkin dari versi 0.1) akan menggunakan Debian sebagai asas kepada distro ini. Seperti kita sedia maklum bahawa versi simpleLinux yang terdahulu berasaskan Slack namun kali ini pembangun ingin membawa perubahan dalam sentuhan distro sL.

simpleLinux Reboot()

Seems like simpleLinux is going on a “reboot” for the whole distribution (that is once popular back in time). Why?
simpleLinux started back from scratch to build a more powerful and more customizable distribution. Also, we moved from Slackware to Debian because of it is a powerful hybrid Linux – can be server, desktop or even a tiny little bot – so we choose to start back from beginning. - http://www.simplelinux.my/

Kita nantikan hasil sentuhan anak muda ini dari masa ke masa. Teruskan!

p/s : Rasa macam noob pula penulisan aku kali ni. Woha!

Thursday, May 1, 2014

Ubuntu 12.10 Quantal Quetzal akan ditamatkan sokongan pada 16 Mei ini.

Ubuntu 12.10 dengan kod nama "Quantal Quetzal" akan ditamatkan sokongan pada 16 Mei ini dan tiada lagi sebarang kemaskini selepas tarikh tersebut. Canonical juga mencadangkan pengguna agar menaiktaraf versi sistem operasi Ubuntu kepada versi terkini iaitu versi 14.04 Trusty Tahr.


Jika anda masih menggunakan Ubuntu versi 12.10, sila berbuat demikian kerana tiada lagi sebarang kemaskini bagi sistem operasi tersebut.

Sumber: firdge.ubuntu.com

Wednesday, April 30, 2014

Pembangunan projek Ubuntu For Android dihentikan

Daripada laporan pepijat dalam laman web Launchpad, pihak pembangun mengatakan bahawa projek Ubuntu For Android telah dihentikan atas sebab-sebab yang tidak ketahui.



Ubuntu For Android merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh Canonical dimana anda boleh menjalankan sistem operasi desktop Ubuntu pada peranti telefon pintar Android yang berkuasa tinggi. Walaupun projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat Ubuntu, namun mereka dilihat menghentikan projek tersebut. Tambahan pula, laporan pepijat mengenai ini pula disekat dari pandangan umum pula.

Sumber: OMG!UBUNTU!

PS: Projek-projek besar Ubuntu dilihat terumbang-ambing entah kemana...

Wednesday, April 2, 2014

Canonical akan menamatkan servis Ubuntu One

Selamat Tinggal Ubuntu One!

Pihak Canonical telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan servis peyimpanan storan digital mereka, Ubuntu One. Menurut dari artikel blog Canonical, mereka juga mengumumkan bahawa aplikasi klien Ubuntu One tiada dalam Ubuntu 14.04 yang dijangka akan dilepaskan pada 17 April ini. Tambahan pula, mereka tidak lagi menawarkan perkhidmatan pembelian lagu muzik dan juga pembelian bagi penambahan storan.

Jika anda masih menyimpan fail-fail anda dalam Ubuntu One, sila berbuat demikian kerana fail-fail dalam Ubuntu One akan dipadamkan serta-merta pada 31 Julai ini dan fungsi-fungsi seperti muat naik fail akan dinyah-aktifkan pada 1 Jun ini.



Sumber: Blog Canonical

Sunday, February 2, 2014

Apakah distro berasaskan Debian yang mesra pengguna yang sesuai untuk anda?

Salam. Kelmarin, saya tulis blog mengenai perbezaan antara Ubuntu dan Debian. Ada orang tertanya-tanya macam mana nak cari distro Debian yang jenis mesra pengguna disebabkan distro Debian versi asli pun tampak susah untuk dipasang, lebih-lebih lagi cara untuk membuat tetapan sistem tersebut.

Tanpa buang masa, mari saya perkenalkan distro-distro berasaskan Debian.

1. KWheezy

KWheezy merupakan distro berasaskan dari Debian 7 Wheezy dengan antaramuka KDE dan sesuai digunakan oleh pengguna biasa.



http://www.kwheezy.com/en/

2. SnowLinux

SnowLinux ada dua versi distro, iaitu versi Ubuntu dan juga versi Debian. Bagi versi Debian, SnowLinux 4 "Glacier" merupakan pilihan anda.



http://www.snowlinux.de/82-snowlinux/releases/glacier/727-editions-for-snowlinux-4-qglacierq

3. Semplice Linux

Semplice merupakan distro berasaskan Debian versi tidak stabil (biasanya versi "testing") yang menggunakan antaramuka jenis ringan dan menyediakan pelbagai aplikasi yang terkini.



http://semplice-linux.org/

4. Point Linux

Point Linux merupakan distro Debian yang menggunakan antaramuka klon Gnome2, MATE dan didatangkan dalam 2 versi iaitu versi stabil (Point Linux 2.0) dan versi terkini yang dibangunkan berasaskan Debian 8 Jessie (Point Linux 3.0b).



http://pointlinux.org/

5. Parsix Linux

Parsix Linux adalah distro Debian yang menggunakan antaramuka Gnome3 yang mesra pengguna.



http://www.parsix.org/

6 SteamOS

SteamOS merupakan distro Debian yang khusus untuk permainan video dan ia memerlukan spesifikasi PC yang tinggi untuk membolehkan pengguna bermain permainan video pada PC tanpa sebarang masalah.



http://store.steampowered.com/steamos/

7. Musix Linux

Musix Linux merupakan distro Debian khusus untuk penyuntingan multimedia seperti audio, grafik dan sebagainya.



http://musixdistro.wordpress.com/

8. Raspbian

Raspbian adalah distro Debian khusus bagi peranti Raspberry PI.



http://www.raspbian.org/

9. Skolelinux

Skolelinux pula distro Debian untuk tujuan pendidikan samada di sekolah mahupunj di universiti.



http://www.skolelinux.org/

10. Kanotix

Kanotix merupakan distro Debian yang jenis Live CD dan ia juga boleh dipasang dalam PC tersebut.



http://www.kanotix.com/index.html

11. Kali Linux

Kali Linux merupakan distro Debian yang khusus untuk sains forensik komputer dan juga penyelidikan sekuriti dalam talian. Ia menggantikan Backtrack yang dibangunkan berasaskan Ubuntu.



http://www.kali.org/

Wednesday, January 29, 2014

QupZilla - Browser ringan yang berasaskan kerangka kerja Qt

Selalu guna Firefox ataupun Chrome?...Pernah tak masa tu PC korang rasa lembap gila disebabkan korang bukak 2-3 tab jer tapi CPU naik gila sampai 100%?...Mahukan browser internet yang ringan dan pantas?...Ada browser untuk korang semua...



QupZilla merupakan browser ataupun pelayar internet yang berasaskan dari kerangka kerja Qt yang ringan dan pantas. Ia dibina bersama-sama kerangka Webkit dan juga mempunyai fungsi Adblock yang dibina dalam. Tambahan pula, ia juga mempunnyai fungsi untuk hidupkan "flash player" hanya bila perlu seperti main video dalam facebook dan sebagainya. Anda tidak perlu risau mengenai masalah PC lembap bila buka banyak tab dalam browser tersebut.

Anda bolehlah muat turun browser ini melalui pautan berikut:

QupZilla Download Page

Tuesday, January 28, 2014

CPU-G - Alternatif kepada CPU-Z untuk platform Linux

Pernah dengar CPU-Z?...Kalau korang ni jenis kaki overclockers sudah tentu mesti kenal tool ini yang selalu digunakan dalam Windows untuk melihat spesifikasi CPU sekali dengan motherboard PC. Kalau Linux macam mana?...Ada versi alternatif iaitu CPU-G



CPU-G merupakan aplikasi seumpama CPU-Z dan fungsinya adalah untuk menunjukkan informasi terhadap CPU yang dipasang pada PC anda dan juga menunjukkan beberapa informasi lain seperti motherboard, BIOS dan macam-macam lagi.

Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari halaman berikut:

Muat turun CPU-G

Debian dengan Ubuntu - Apa bezanya?

Seperti yang pengguna Linux ketahui, Ubuntu adalah distro Linux berasaskan dari Debian yang jenis mesra pengguna manakala Debian pula merupakan distro Linux yang khususnya digunakan oleh golongan professional dan dijadikan sebagai platform asas bagi distro Ubuntu. Adakah Ubuntu lebih kurang sama macam Debian? Luar jer nampak sama kalau tengok kat antaramuka desktop dan juga pakej aplikasi (kedua-dua distro guna fail .deb), tapi ia tak sama. Kenapa?...



Ubuntu dan Debian ada perbezaan yang ketara dari pelbagai aspek. Mari saya terangkan perbezaan antara kedua-dua distro Linux dengan mudah:

1. Ubuntu memerlukan pengguna untuk melakukan pemasangan bersih atau "clean install" setiap kali versi baru dilepaskan manakala Debian tidak memerlukan pengguna untuk berbuat demikian kerana Debian ada versi "rolling release" dimana pengguna tak perlu reformat PC untuk memasang distro versi terbaru.

2. Ubuntu adalah distro berasaskan dari distro Debian, tapi ia diubahsuai sehabis-habisnya bagi memenuhi kehendak repositori aplikasi yang dibangunkan oleh firma Canonical dan juga menggunakan PPA dari halaman Launchpad. Walaupun Debian boleh berkawan dengan PPA dengan menjalankan arahan untuk memasukkan aplikasi baru dari PPA Launchpad, tapi sayangnya tiada aplikasi yang dibangunkan untuk Debian. Jadi pengguna Debian terpaksa pergi ke halaman PPA aplikasi tersebut dan muat turun secara manual. Bukan semua aplikasi Ubuntu boleh dipasang dalam Debian. Lagi bagus kalau bina aplikasi dari kod sumber terus!

3. Ubuntu sentiasa terkenal dengan sistem kemaskini untuk medapat fungsi-fungsi terbaharu dan adakalanya sistem kemaskini telah membuatkan pengguna Ubuntu mengalami "kesan sampingan" daripada kemaskini tersebut. Debian pula sebaliknya iaitu hanya kemaskini sahaja bila perlu jika anda menggunakan Debian versi 7 "Wheezy".

Jadi terpulanglah kepada pengguna Linux samada nak pilih Ubuntu ataupun Debian. Tepuk dada tanya citarasa anda...

Monday, January 27, 2014

Point Linux - Distro Linux berasaskan dari Debian dengan antaramuka MATE

Dah sekian lama aku tak buat review distro sejak-menjak nih, tapi takpe, hari ini, aku kupas sikit review tentang distro Linux yang aku guna sekarang ni yang telah menggantikan Ubuntu sebagai distro utama iaitu Point Linux.

Point Linux merupakan distro Linux yang berasaskan dari distro Debian 7 dengan kod nama "Wheezy" dan ia merupakan distro Linux yang jenis stabil yang menggunakan antaramuka MATE. Distro Debian terbahagi kepada 2 iaitu versi stabil dan versi "testing" atau percubaan iaitu versi separa stabil dan juga mempunyai fungsi "rolling release" ataupun keluaran berputar dimana anda tidak perlu reformat PC anda semata-mata untuk memasang versi terkini. Jadi, Point Linux adalah distro Debian jenis stabil.



Aku pernah menggunakan distro Ubuntu selama 3 tahun dan apa yang aku dapati ialah distro Ubuntu kerap kali mengalami masalah kestabilan sistem sehingga aku pun terpaksa reformat PC banyak kali hanya disebabkan masalah yang tak serius. Sistem kemaskini yang begitu kerap yang menyebabkan sesetengah aplikasi tidak berjalan dengan baik, namun semuanya berakhir bila aku guna distro Point Linux.

Antaramuka MATE seperti yang kita ketahui ialah klon bagi antaramuka Gnome2, jadi tiada masalah untuk biasakan diri dengan antaramuka tersebut. Nak lagi lawa, tambahkan perisa Compiz di dalam antaramuka MATE bagi mendapat kepuasan yang cukup bagus. Ada cara macam mana nak guna Compiz dalam MATE versi 1.4. Antaramuka MATE juga boleh dinaiktaraf kepada versi yang terkini, walaubagaimanapun penaiktarafan antaramuka tersebut telah menyebabkan Compiz tidak lagi berfungsi dengan baik.



Bercakap pasal aplikasi, rasanya semua dah siap-siap bagi segala codec media umum, java dan bagai. Namun begitu, Point Linux tidak menyediakan "Software Center" seperti yang ada dalam Ubuntu. Akan tetapi, hanya Synaptic disediakan dan rata-ratanya kebanyakan aplikasi dalam distro ini semuanya jenis lama. Sistem kemaskini pula tidak begitu kerap dan hanya akan dikeluarkan bila perlu sahaja, sebab itulah Point Linux cuba memastikan sistem tersebut benar-benar stabil.

Kalau cakap pasal pemasangan, rasanya agak mudahlah, itupun kalau dah biasa pasang Ubuntu melalui opsyen "Something Else". GRUB juga dipasang dalam sistem, jadi tak ada masalah untuk dual-boot Point Linux dengan Windows.

Pro

1. Antaramuka MATE yang mudah untuk digunakan
2. Stabil dan hanya kemaskini bila perlu
3. Boleh dual-boot dengan Windows tanpa masalah.
4. Sesuai untuk PC jenis lama, terutama yang berusia lebih 3 tahun.

Contra

1. Kebanyakan perisian jenis lama, adakalanya uzur
2. Buang antaramuka MATE, dengan komponen yang penting sekali kena buang cukup-cukup!...

Wednesday, January 8, 2014

Fungsi Plugin Adobe Flash akan dihentikan pada Chromium bermula April

Pada bulan April tahun ini, penggunaan plugin flash pada pelayar web Chromium ditamatkan. Ini kerana Google telah membuang sokongan plugin NPAPI pada Chromium, termasuk plugin untuk flash dari binaan versi Linux. Sistem plugin yang berusia ini telah membolehkan akses tanpa sekatan terhadap komputer, menjadikan ia sebagai tidak selamat dan tidak efisyien.



Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan plugin HTML5 untuk Chromium ataupun anda cuba pasang Google Chrome sahaja. Untuk pengetahuan anda, Chromium adalah browser Google Chrome versi sumber terbuka dan agak berbeza dengan Google Chrome yang bersifat sumber tertutup.

Sumber: OMG! UBUNTU!

CentOS dan Red Hat bergabung tenaga

Pada hari ini, Red Hat Enterprise Linux dan CentOS kini bergabung tenaga untuk membangunkan distro yang popular dalam sektor bisnes dan CentOS kini menjadi sebahagian dalam keluarga Red Hat. Pengumuman tersebut dibuat melalui senarai persuratan CentOS


Untuk pengetahuan anda Red Hat Enterprise Linux (RHEL) dan CentOS merupakan distro Linux yang tumpu kepada sektor perniagaan dan Red Hat juga adalah distro Linux yang berbayar melalui langgan (sokongan kemaskini, bantuan teknikal dsb). Manakala CentOS merupakan klon kepada RHEL dan dijana oleh komuniti CentOS. Kedua-dua distro tersebut terkenal dengan kematangan dan juga kestabilan sistem tersebut.