Kajian yang dilakukan oleh www.linux.com menganggarkan bahawa dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, tidak kurang daripada 50% perisian yang berada di pasaran adalah bersumber terbuka.
Apa yang menarik, kajian linux.com keatas perusahaan automobil mendapati bahawa 59% syarikat telahpun menggunakan perisian sumber terbuka manakala 35% syarikat lain sedang mengkaji potensi untuk menggunakan perisian sumber terbuka di syarikat mereka.
Kebanyakan syarikat memilih sumber terbuka bagi mengelakkan mereka dari terikat dengan pengeluar perisian sekiranya perubahan dilakukan kepada perisian tersebut. Mereka juga berbuat demikian kerana mendapati penggunaan produk sumber terbuka adalah lebih berkualiti selain lebih menjimatkan kos.
"Saya melihat bahawa projek sumber terbuka seperti Drupal dan Linux berjaya kerana ia memiliki teknologi yang lebih baik, bukan semata-mata kerana harganya yang lebih mura" Kata dries buytaert, pengasas bersama dan CTO Acquia dan Presiden persatuan Drupal. "Ia memiliki fungsi yang lebih baik kerana ia merupakan projek yang diinovasikan oleh komuniti. Dalam kata mudah, ia telah menjadi penyelesai masalah yang lebih baik".
rujukan : www.linux.com
No comments:
Post a Comment