Tuesday, November 6, 2012

Tips: Bagaimana Untuk Menjalankan Aplikasi Steam Dalam Ubuntu Bagi Pengguna Bukan Jemputan Ujian Beta

Steam dalam Linux beb!

Ramai peminat Linux menantikan aplikasi Steam dalam Linux dan kini Valve secara rasminya telah memulakan ujian beta di kalangan pengguna yang telah diberi jemputan akses ke ujian beta tersebut. Ujian beta ini pada awalnya hanya boleh dirasai oleh pengguna Steam yang telah mendapat jemputan ujian beta. Walaubagaimanapun, jika anda tidak mendapat sebarang jemputan ujian beta Steam, anda masih boleh menggunakan aplikasi Steam versi Linux tersebut.



Bagi pengguna Ubuntu, anda boleh memuat turun aplikasi Steam untuk Linux melalui pautan ini:

http://media.steampowered.com/client/installer/steam.deb

Dan selepas itu, anda perlu memasang aplikasi tersebut samada melalui Gdebi package manager, Ubuntu Software Center atau lain-lain. Kemudian, lancarkan aplikasi Steam dan masukkan nama pengguna dan kata laluan bagi akaun Steam dan ikut arahan yang terpapar dalam aplikasi tersebut. Jika tiada akaun Steam, anda boleh membina akaun tersebut melalui aplikasi Steam tersebut.



Kemudian, tunggu untuk proses kemaskini sehingga selesai & anda akan ternampak satu notis bahawa anda tidak boleh masuk ke dalam Steam kerana anda bukan pengguna ujian beta yang telah dijemput. Jangan bimbang dan apa yang anda buat ialah jalankan arahan ini dalam terminal:
steam steam://store
Selepas anda menjalankan arahan ini melalui terminal, barulah anda boleh menggunakan aplikasi Steam untuk Linux tanpa masalah.

Untuk melihat senarai permainan yang sedang bekerja dengan Steam untuk Linux, anda boleh melihat melalui halaman di sini






No comments:

Post a Comment