Monday, January 27, 2014

Point Linux - Distro Linux berasaskan dari Debian dengan antaramuka MATE

Dah sekian lama aku tak buat review distro sejak-menjak nih, tapi takpe, hari ini, aku kupas sikit review tentang distro Linux yang aku guna sekarang ni yang telah menggantikan Ubuntu sebagai distro utama iaitu Point Linux.

Point Linux merupakan distro Linux yang berasaskan dari distro Debian 7 dengan kod nama "Wheezy" dan ia merupakan distro Linux yang jenis stabil yang menggunakan antaramuka MATE. Distro Debian terbahagi kepada 2 iaitu versi stabil dan versi "testing" atau percubaan iaitu versi separa stabil dan juga mempunyai fungsi "rolling release" ataupun keluaran berputar dimana anda tidak perlu reformat PC anda semata-mata untuk memasang versi terkini. Jadi, Point Linux adalah distro Debian jenis stabil.



Aku pernah menggunakan distro Ubuntu selama 3 tahun dan apa yang aku dapati ialah distro Ubuntu kerap kali mengalami masalah kestabilan sistem sehingga aku pun terpaksa reformat PC banyak kali hanya disebabkan masalah yang tak serius. Sistem kemaskini yang begitu kerap yang menyebabkan sesetengah aplikasi tidak berjalan dengan baik, namun semuanya berakhir bila aku guna distro Point Linux.

Antaramuka MATE seperti yang kita ketahui ialah klon bagi antaramuka Gnome2, jadi tiada masalah untuk biasakan diri dengan antaramuka tersebut. Nak lagi lawa, tambahkan perisa Compiz di dalam antaramuka MATE bagi mendapat kepuasan yang cukup bagus. Ada cara macam mana nak guna Compiz dalam MATE versi 1.4. Antaramuka MATE juga boleh dinaiktaraf kepada versi yang terkini, walaubagaimanapun penaiktarafan antaramuka tersebut telah menyebabkan Compiz tidak lagi berfungsi dengan baik.



Bercakap pasal aplikasi, rasanya semua dah siap-siap bagi segala codec media umum, java dan bagai. Namun begitu, Point Linux tidak menyediakan "Software Center" seperti yang ada dalam Ubuntu. Akan tetapi, hanya Synaptic disediakan dan rata-ratanya kebanyakan aplikasi dalam distro ini semuanya jenis lama. Sistem kemaskini pula tidak begitu kerap dan hanya akan dikeluarkan bila perlu sahaja, sebab itulah Point Linux cuba memastikan sistem tersebut benar-benar stabil.

Kalau cakap pasal pemasangan, rasanya agak mudahlah, itupun kalau dah biasa pasang Ubuntu melalui opsyen "Something Else". GRUB juga dipasang dalam sistem, jadi tak ada masalah untuk dual-boot Point Linux dengan Windows.

Pro

1. Antaramuka MATE yang mudah untuk digunakan
2. Stabil dan hanya kemaskini bila perlu
3. Boleh dual-boot dengan Windows tanpa masalah.
4. Sesuai untuk PC jenis lama, terutama yang berusia lebih 3 tahun.

Contra

1. Kebanyakan perisian jenis lama, adakalanya uzur
2. Buang antaramuka MATE, dengan komponen yang penting sekali kena buang cukup-cukup!...

No comments:

Post a Comment