Tuesday, January 28, 2014

Debian dengan Ubuntu - Apa bezanya?

Seperti yang pengguna Linux ketahui, Ubuntu adalah distro Linux berasaskan dari Debian yang jenis mesra pengguna manakala Debian pula merupakan distro Linux yang khususnya digunakan oleh golongan professional dan dijadikan sebagai platform asas bagi distro Ubuntu. Adakah Ubuntu lebih kurang sama macam Debian? Luar jer nampak sama kalau tengok kat antaramuka desktop dan juga pakej aplikasi (kedua-dua distro guna fail .deb), tapi ia tak sama. Kenapa?...



Ubuntu dan Debian ada perbezaan yang ketara dari pelbagai aspek. Mari saya terangkan perbezaan antara kedua-dua distro Linux dengan mudah:

1. Ubuntu memerlukan pengguna untuk melakukan pemasangan bersih atau "clean install" setiap kali versi baru dilepaskan manakala Debian tidak memerlukan pengguna untuk berbuat demikian kerana Debian ada versi "rolling release" dimana pengguna tak perlu reformat PC untuk memasang distro versi terbaru.

2. Ubuntu adalah distro berasaskan dari distro Debian, tapi ia diubahsuai sehabis-habisnya bagi memenuhi kehendak repositori aplikasi yang dibangunkan oleh firma Canonical dan juga menggunakan PPA dari halaman Launchpad. Walaupun Debian boleh berkawan dengan PPA dengan menjalankan arahan untuk memasukkan aplikasi baru dari PPA Launchpad, tapi sayangnya tiada aplikasi yang dibangunkan untuk Debian. Jadi pengguna Debian terpaksa pergi ke halaman PPA aplikasi tersebut dan muat turun secara manual. Bukan semua aplikasi Ubuntu boleh dipasang dalam Debian. Lagi bagus kalau bina aplikasi dari kod sumber terus!

3. Ubuntu sentiasa terkenal dengan sistem kemaskini untuk medapat fungsi-fungsi terbaharu dan adakalanya sistem kemaskini telah membuatkan pengguna Ubuntu mengalami "kesan sampingan" daripada kemaskini tersebut. Debian pula sebaliknya iaitu hanya kemaskini sahaja bila perlu jika anda menggunakan Debian versi 7 "Wheezy".

Jadi terpulanglah kepada pengguna Linux samada nak pilih Ubuntu ataupun Debian. Tepuk dada tanya citarasa anda...

No comments:

Post a Comment