Wednesday, May 23, 2012

Cara untuk naik taraf kernel Linux kepada 3.4 dalam Ubuntu

Kelmarin, kernel Linux versi 3.4 telah pun dilepaskan dan versi ini mengandungi beberapa penambahbaikan di samping memperbetulkan beberapa masalah yang dihadapi oleh pengguna Linux selama ini terutama dengan isu "overheat" atau terlebih haba pada peranti terutama laptop.

Dalam kernel Linux versi 3.4, apa yang penulis dapati ialah terdapat peningkatan dalam prestasi komputer tersebut, jangka hayat bateri lebih lama dan juga tiada masalah "overheat".



Untuk melakukan proses naik taraf tersebut, sebelum itu anda dikehendaki untuk memasang perisian pemasang pakej debian, gdebi melaui apt-get seperti ini:
sudo apt-get install gdebi 

Dan, jika anda menggunakan Ubuntu versi 32-bit dengan PAE secara default (bagi versi 64-bit dan 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE, sila rujuk di bawah untuk step 2 dan step 3), apa yang anda perlu buat ialah anda muat turun dan pasang mengikut turutan di bawah:

1. Mula-mula, muat turun dan pasang pakej ini (wajib dipasang pada mana-mana jenis senibina CPU kernel Linux),
linux-headers-3.4.0-030400_3.4.0-030400.201205210521_all.deb

2. Kemudian, muat turun dan pasang pakej yang seterusnya,
linux-headers-3.4.0-030400-generic-pae_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb ,

3. Dan...akhir sekali ialah muat turun dan pasang pakej yang terakhir,
linux-image-3.4.0-030400-generic-pae_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb

*klik kanan pada pakej .deb kernel Linux tersebut dan pilih "Open with" kepada "Gdebi package manager" untuk melakukan proses pemasangan. Anda juga boleh membuat tetapan pada jenis pakej fail tersebut ialah klik kanan pada fail .deb dan pergi ke "Properties" dan pada tab "Open with", setkan "Default Application" kepada "Gdebi Package Installer".

NOTA: Bagi pengguna Ubuntu/Linux Mint/Lubuntu/Xubuntu dengan jenis kernel yang berbeza selain yang dinyatakan di atas seperti kernel versi 64-bit dan juga 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE, dalam step 2 dan 3, muat turun dan pasang fail pakej kernel ini di bawah mengikut turutan walaupun ada sedikit perbezaan antara jenis kernel tersebut seperti yang tertera dalam panduan di atas. Bagi step 1 tadi, ia adalah wajib untuk dipasang terlebih dahulu sebelum memasang fail pakej yang lain.

Untuk Ubuntu versi 64-bit:

Bagi step 2: linux-headers-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_amd64.deb
Bagi step 3: linux-image-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_amd64.deb

Untuk Ubuntu versi 32-bit sahaja tanpa fungsi PAE (physical address extension) terutama distro Lubuntu/Xubuntu:

Bagi step 2: linux-headers-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb
Bagi step 3: linux-image-3.4.0-030400-generic_3.4.0-030400.201205210521_i386.deb


Selesai sahaja anda menaik taraf kernel tersebut, restart komputer anda dan pilih "Ubuntu Linux kernel 3.4" (yang atas sekali) dalam menu GRUB.

Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment