Monday, September 1, 2014

[Ruangan Kolum] Pengguna Android oh Pengguna Android...Kenapa perlu "root"?...

Salam semua...lama aku tak berceloteh mengenai Linux...yelah kan...aku dah lama tak tulis pasal aku makin sibuk dengan pekerjaan aku nih sampai takde masa dan juga takde mood langsung nak cerita pasal Linux. Tapi disebabkan aku dah ada peranti Android, jadi aku pun mula nak tulis pasal Android pulak...

Sebut pasal Android, makin ramai pengguna kini memiliki peranti Android dan ada juga yang memiliki lebih dari 1 peranti Android tersebut. Linux kini menjangkau usia 23 tahun dan Android adalah satu-satunya platform yang membolehkan golongan yang bukan dari golongan pakar IT kini merasai sistem Linux dan kita patut berterima kasih kepada Google untuk itu.



Sejak akhir-akhir ini, makin ramai pengguna baru peranti Android cenderung untuk melakukan proses rooting. Handset baru beli 2-3 jam lepas ada yang mula gatal tangan untuk melakukan proses "root" yang sememangnya menjahanamkan waranti peranti tersebut. "Root" peranti sekadar suka-suka, akan tetapi adakah mereka faham maksud "root" yang sebenarnya?

Ok...meh aku cerita ringkas pasal "root" nih...Teknik "rooting" atau "root" adalah teknik dimana anda mahu mendapatkan akses penuh terhadap sesuatu peranti. Dalam erti kata lain, anda mahu aplikasi tersebut dijalankan di bawah akaun "administrator". Walaupun menggunakan akses ini sekadar untuk menukar font, melakukan proses underclock kelajuan CPU dan sebagainya, anda juga sebenarnya terdedah kepada risiko kepada malware apabila kerap membenarkan sesuatu aplikasi ini berjalan dengan akaun "superuser" atau "administrator" tanpa periksa terlebih dahulu.

Memang ada wujud malware dalam sistem operasi Android walaupun kernel Linux hanyalah dikatakan kebal dari segi ancaman malware itupun disebabkan oleh stigma perbandingan dengan platform Windows walaupun pada hakikat sebenarnya Linux taklah kebal sangat. Nak root tu memang tak salah, cuma kena fikir balik apa risikonya yang bakal dihadapi oleh pengguna peranti itu sendiri.

Nak root, buat atas risiko korang sendiri!

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment